Wednesday, June 17, 2009

MaLaNg YaNg TiDaK BeRbAu....

Pada 14 jun 2009 merupakan hari yang paling malang dalam hidup aku apabila aku ngan anak mak su aku , Nurul syafiqah yang hanya berumur 6 tahun berlanggar dengan sebuah kete Proton saga...Pada masa tu tengahari dalam pukul 12 lebih aku nak pergi umah kawan aku tuk ajak die same2 pergi kenduri umah fadilah tapi malangnya hajat aku nak pergi umah fadilah x kesampaian apbila sebuah kete didepan aku tibe2 belok tanpa memberi lampu isyarat dan pada masa tu aku dah x sempat nak kawal motosikal sehingga menyebabkan kami berlanggar..Memang pelanggaran yang berlaku amat kuat sehingga menyebabkan aku n along (syafiqah) terpelanting melepasi kete yang kami berlanggar..Pada masa tu jugak aku langsung x ingat ape yang aku sedar aku dah bercium di atas jalan raya...Lepas tu aku terus bangun aku x hiraukan sakit kaki aku , aku tetap bangun dan pergi angkat along yang pada masa tu penuh dengan luka dan darah..Selepas tu aku terus menyuruh anak mak cik aku yang pada masa tu jugak sama2 hendak ke rumah fadilah untuk panggilkan ayah aku..X lama kemudian ayah aku datang denagan wajah yang terkejut terus bergegas membawa aku dan along ke hospital..Di hospital hampir 3 jam baru kami selesai membuat pemeriksaan..Yang amat nenyedihkan aku sehingga menyebabkan aku menangis depan2 doktor tu masa doktor2 yang merawat along cube memotong kulit along yang dah terkupit besar akibat geseran di atas jalan..Along meraung kesakitan!!Kemudian aku pula dipanggil oleh Doktor untuk menjalani x-ray takut2 ada yang terpatah..Alhamdulillah,aku xde patah ape2 coz tulang aku masih kuat maybe disebabkan aku suke minum susu Anlene kot..hehe!!Tapi aku pasti bahawa ALLAH yang telah menyelamatkan aku n along...Aku hanye mengalami bengkak2 di kaki yang menyukarkan pergerakan aku,alhamdulillah skank dah semakin okey dan aku akan balik ke Bainun esok andai kata tiada halangan yang melintang....

0 comments: